Travel Blog Melayu

13 Mar

Jerebu di Malaysia

Keadaan jerebu di pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi amat teruk. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Perlabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat ketika dibaca pada hari Khamis (Mac 3, 2014). Orang ramai terutamanya pelancong disarankan untuk kurangkan aktiviti di luar dan digalakkan untuk memakai topeng. Kualiti udara menjadi teruk akibat musim kemarau […]

Keadaan jerebu di pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi amat teruk. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Perlabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat ketika dibaca pada hari Khamis (Mac 3, 2014). Orang ramai terutamanya pelancong disarankan untuk kurangkan aktiviti di luar dan digalakkan untuk memakai topeng. Kualiti udara menjadi teruk akibat musim kemarau berpanjangan ditambah pula dengan pembakaran terbuka.

Walaupun negara berada dalam keadaan jerebu, masih ada lagi pembakaran terbuka dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Amaran keras telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada sesiapa yang di sabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai di seluruh Malaysia dinasihatkan supaya memberi kerjasama untuk membantu memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jika terdapat sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan, sila laporkan kepada pihak berkuasa di talian:

Jabatan Bomba dan Penyelamat
999

Jabatan Alam Sekitar (JAS)
+60 3 8889 1972
1 800 88 2727

Jerebu di Malaysia
Jerebu di Kuala Lumpur.

(more…)

10 Mar

PrayForMH370

Kehilangan pesawat MH370 (Aircraft Registration: 9M-MRO) dari Malaysia Airlines (MAS) masih kekal misteri. Ia adalah pesawat Boeing777-200ER dibina di Amerika Syarikat oleh syarikat Boeing. Kali terakhir dilihat di dalam radar ialah terletak lebih kurang QDR 065 iaitu timur laut dari Kota Bharu, Malaysia. Melalui maklumat terbaru, kemungkinan besar pesawat itu berpatah balik. Prosedur ini biasanya […]

Kehilangan pesawat MH370 (Aircraft Registration: 9M-MRO) dari Malaysia Airlines (MAS) masih kekal misteri. Ia adalah pesawat Boeing777-200ER dibina di Amerika Syarikat oleh syarikat Boeing. Kali terakhir dilihat di dalam radar ialah terletak lebih kurang QDR 065 iaitu timur laut dari Kota Bharu, Malaysia. Melalui maklumat terbaru, kemungkinan besar pesawat itu berpatah balik. Prosedur ini biasanya dilakukan jikalau berlakunya masalah. Ia boleh dilakukan selagi tidak melebihi Point of No Return (PNR) atau Point of Safe Return (PSR). Kemungkinan besar juga pesawat tersebut mengubah laluan ke lapangan terbang yang terdekat apabila berlakunya kecemasan.

Sekarang ini terlalu banyak spekulasi dan pendapat disebarkan di media sosial dimana kebanyakkannya tidak masuk akal. Saya nasihatkan supaya berhenti sebarkan khabar angin. Tunggu sahaja maklumat dari pihak berkuasa, penyelamat dan penyiasat yang lebih mahir untuk selesaikan kes ini. Apa yang kita mampu buat ialah berdoa kepada Allah dengan harapan kesemua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

#PrayForMH370

MH370

(more…)