WaterWorld adalah pertunjukan air ditayangkan secara langsung kepada penonton dengan penuh aksi penuh debaran yang amat menakjubkan. Jalan cerita yang dipersembahkan amat padat dengan aksi kejar mengejar antara bot laju dan skuter air. Selain itu terdapat juga kesan khas antaranya tembakan senjata api, pelancar roket dan letupan yang amat realistik. Ia adalah salah satu daya […]

WaterWorld adalah pertunjukan air ditayangkan secara langsung kepada penonton dengan penuh aksi penuh debaran yang amat menakjubkan. Jalan cerita yang dipersembahkan amat padat dengan aksi kejar mengejar antara bot laju dan skuter air. Selain itu terdapat juga kesan khas antaranya tembakan senjata api, pelancar roket dan letupan yang amat realistik. Ia adalah salah satu daya tarikan utama di zon The Lost World. The Lost World adalah salah satu daripada tujuh zon yang terdapat di Universal Studios Singapore. Universal Studios Singapore terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Konsep pertunjukan air ini adalah berdasarkan dari filem fiksyen sains dipanggil Waterworld (1995). Filem ini diarahkan oleh Kevin Reynolds dan Kevin Costner. Pada pendapat saya, ini adalah pertunjukan persembahan secara langsung yang terbaik di Universal Studios Singapura. Tempat ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung kerana terdapat banyak kesan khas letupan dan tembakan.

Universal Studios Singapore terletak di Resorts World Sentosa di Pulau Sentosa, Singapura. Ia adalah taman tema Universal Studios yang kedua dibuka di Asia selepas Jepun. Taman tema ini dibuka kepada orang awam sejak bulan Mac pada tahun 2010. Tempat ini dibangunkan oleh Kumpulan Genting.

(more…)