Travel Blog Melayu

25 Feb

Takeshita Street, Harajuku

Takeshita Street (Takeshita Dori: 竹下 通り) adalah salah satu pusat membeli-belah khas untuk pejalan kaki yang paling terkemuka di Tokyo, Jepun dengan deretan kedai sejauh 350 meter panjang yang terletak di Harajuku (原宿). Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke jalan ini. Sepanjang jalan ini terdapat kedai aksesori, kedai mainan, kedai hadiah, butik pakaian, kedai winyak wangi, […]

Takeshita Street (Takeshita Dori: 竹下 通り) adalah salah satu pusat membeli-belah khas untuk pejalan kaki yang paling terkemuka di Tokyo, Jepun dengan deretan kedai sejauh 350 meter panjang yang terletak di Harajuku (原宿). Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke jalan ini. Sepanjang jalan ini terdapat kedai aksesori, kedai mainan, kedai hadiah, butik pakaian, kedai winyak wangi, restoran dan kafe. Tempat ini juga amat popular di kalangan golongan remaja tempatan untuk menggayakan fesyen terbaru mereka. Jalan ini selalunya menjadi sangat sesak pada hujung minggu dan musim cuti.

Selain fesyen, tempat ini juga popular dengan makanan jalanan yang berbentuk kon dipanggil Japanese Crepes. Ia adalah sejenis pancake yang sangat nipis yang dibalut dengan bentuk kon. Intinya adalah berisi krim dan inti yang lain seperti Creme karamel, brownies, kek keju dan strawberi. Rasanya tidak terlalu manis dan lazat. Ia agak mudah untuk dimakan sambil berjalan. Harga adalah sekitar JPY ¥500 (USD $4.80 atau RM16.00) untuk setiap Crêpe. Terdapat beberapa gerai makanan menjual Crepes di sepanjang jalan ini. Jika anda datang ke tempat ini, jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut yang amat lazat ini.

Takeshita Street
Takeshita Street (Takeshita Dori) di Harajuku, Tokyo, Jepun.

(more…)

22 Feb

Tokyo SkyTree

Tokyo SkyTree (Tokyo sukaitsurī :東京 スカイ ツリー) adalah struktur buatan manusia yang tertinggi di Jepun. Ia terletak di Sumida, Tokyo. Ia adalah sebuah menara penyiaran. Selain itu, menara ini mempunyai restoran, kafe dan dua dek pemerhatian. Ketinggian menara ini adalah 634 meter (2,080 kaki) menjadikannya menara tertinggi di dunia dan struktur kedua tertinggi di dunia […]

Tokyo SkyTree (Tokyo sukaitsurī :東京 スカイ ツリー) adalah struktur buatan manusia yang tertinggi di Jepun. Ia terletak di Sumida, Tokyo. Ia adalah sebuah menara penyiaran. Selain itu, menara ini mempunyai restoran, kafe dan dua dek pemerhatian. Ketinggian menara ini adalah 634 meter (2,080 kaki) menjadikannya menara tertinggi di dunia dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa (829.8 meter) bagi kategori keseluruhan. Ia telah disiapkan pada Mac 2011 dengan jumlah kos kira-kira JPY ¥65,000,000,000 (USD $636,155,000 atau RM2,096,510,000). Menara ini mempunyai kalis seismik iaitu sistem rintangan gempa bumi dikenali sebagai Shimbashira – Seishin (Center Column Vibration Control) untuk menghalang menara ini dari runtuh jika berlakunya gempa bumi. Reka bentuk adalah gabungan antara reka bentuk neo-futuristik dan gabungan kecantikan tradisional Jepun. Bahagian luar dicat dengan warna putih kebiruan dirujuk sebagai ‘SKYTREE White’. Ia adalah simbol kepada harmoni dengan pemandangan sekitarnya. Apabila melihat menara itu dari darat, Tokyo SkyTree boleh dilihat dengan jelas dari kebanyakkan pelusuk Tokyo kerana saiz yang amat ketara. Pada waktu malam, ia diterangi dengan menggunakan lampu LED menjadikannya kelihatan amat cantik dan meriah.

Tokyo SkyTree
Tokyo SkyTree bersama dengan pokok krismas.

(more…)