Travel Blog Melayu

13 Mar

Jerebu di Malaysia

Keadaan jerebu di pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi amat teruk. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Perlabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat ketika dibaca pada hari Khamis (Mac 3, 2014). Orang ramai terutamanya pelancong disarankan untuk kurangkan aktiviti di luar dan digalakkan untuk memakai topeng. Kualiti udara menjadi teruk akibat musim kemarau berpanjangan ditambah pula dengan pembakaran terbuka.

Walaupun negara berada dalam keadaan jerebu, masih ada lagi pembakaran terbuka dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Amaran keras telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada sesiapa yang di sabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai di seluruh Malaysia dinasihatkan supaya memberi kerjasama untuk membantu memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jika terdapat sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan, sila laporkan kepada pihak berkuasa di talian:

Jabatan Bomba dan Penyelamat
999

Jabatan Alam Sekitar (JAS)
+60 3 8889 1972
1 800 88 2727

Jerebu di Malaysia
Jerebu di Kuala Lumpur.

(more…)


10 Mar

PrayForMH370

Kehilangan pesawat MH370 (Aircraft Registration: 9M-MRO) dari Malaysia Airlines (MAS) masih kekal misteri. Ia adalah pesawat Boeing777-200ER dibina di Amerika Syarikat oleh syarikat Boeing. Kali terakhir dilihat di dalam radar ialah terletak lebih kurang QDR 065 iaitu timur laut dari Kota Bharu, Malaysia. Melalui maklumat terbaru, kemungkinan besar pesawat itu berpatah balik. Prosedur ini biasanya dilakukan jikalau berlakunya masalah. Ia boleh dilakukan selagi tidak melebihi Point of No Return (PNR) atau Point of Safe Return (PSR). Kemungkinan besar juga pesawat tersebut mengubah laluan ke lapangan terbang yang terdekat apabila berlakunya kecemasan.

Sekarang ini terlalu banyak spekulasi dan pendapat disebarkan di media sosial dimana kebanyakkannya tidak masuk akal. Saya nasihatkan supaya berhenti sebarkan khabar angin. Tunggu sahaja maklumat dari pihak berkuasa, penyelamat dan penyiasat yang lebih mahir untuk selesaikan kes ini. Apa yang kita mampu buat ialah berdoa kepada Allah dengan harapan kesemua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

#PrayForMH370

MH370

(more…)


01 Mar

WaterWorld – Universal Studios Singapore

WaterWorld adalah pertunjukan air ditayangkan secara langsung kepada penonton dengan penuh aksi penuh debaran yang amat menakjubkan. Jalan cerita yang dipersembahkan amat padat dengan aksi kejar mengejar antara bot laju dan skuter air. Selain itu terdapat juga kesan khas antaranya tembakan senjata api, pelancar roket dan letupan yang amat realistik. Ia adalah salah satu daya tarikan utama di zon The Lost World. The Lost World adalah salah satu daripada tujuh zon yang terdapat di Universal Studios Singapore. Universal Studios Singapore terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Konsep pertunjukan air ini adalah berdasarkan dari filem fiksyen sains dipanggil Waterworld (1995). Filem ini diarahkan oleh Kevin Reynolds dan Kevin Costner. Pada pendapat saya, ini adalah pertunjukan persembahan secara langsung yang terbaik di Universal Studios Singapura. Tempat ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung kerana terdapat banyak kesan khas letupan dan tembakan.

Universal Studios Singapore terletak di Resorts World Sentosa di Pulau Sentosa, Singapura. Ia adalah taman tema Universal Studios yang kedua dibuka di Asia selepas Jepun. Taman tema ini dibuka kepada orang awam sejak bulan Mac pada tahun 2010. Tempat ini dibangunkan oleh Kumpulan Genting.

(more…)


25 Feb

Takeshita Street, Harajuku

Takeshita Street (Takeshita Dori: 竹下 通り) adalah salah satu pusat membeli-belah khas untuk pejalan kaki yang paling terkemuka di Tokyo, Jepun dengan deretan kedai sejauh 350 meter panjang yang terletak di Harajuku (原宿). Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke jalan ini. Sepanjang jalan ini terdapat kedai aksesori, kedai mainan, kedai hadiah, butik pakaian, kedai winyak wangi, restoran dan kafe. Tempat ini juga amat popular di kalangan golongan remaja tempatan untuk menggayakan fesyen terbaru mereka. Jalan ini selalunya menjadi sangat sesak pada hujung minggu dan musim cuti.

Selain fesyen, tempat ini juga popular dengan makanan jalanan yang berbentuk kon dipanggil Japanese Crepes. Ia adalah sejenis pancake yang sangat nipis yang dibalut dengan bentuk kon. Intinya adalah berisi krim dan inti yang lain seperti Creme karamel, brownies, kek keju dan strawberi. Rasanya tidak terlalu manis dan lazat. Ia agak mudah untuk dimakan sambil berjalan. Harga adalah sekitar JPY ¥500 (USD $4.80 atau RM16.00) untuk setiap Crêpe. Terdapat beberapa gerai makanan menjual Crepes di sepanjang jalan ini. Jika anda datang ke tempat ini, jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut yang amat lazat ini.

Takeshita Street
Takeshita Street (Takeshita Dori) di Harajuku, Tokyo, Jepun.

(more…)


22 Feb

Tokyo SkyTree

Tokyo SkyTree (Tokyo sukaitsurī :東京 スカイ ツリー) adalah struktur buatan manusia yang tertinggi di Jepun. Ia terletak di Sumida, Tokyo. Ia adalah sebuah menara penyiaran. Selain itu, menara ini mempunyai restoran, kafe dan dua dek pemerhatian. Ketinggian menara ini adalah 634 meter (2,080 kaki) menjadikannya menara tertinggi di dunia dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa (829.8 meter) bagi kategori keseluruhan. Ia telah disiapkan pada Mac 2011 dengan jumlah kos kira-kira JPY ¥65,000,000,000 (USD $636,155,000 atau RM2,096,510,000). Menara ini mempunyai kalis seismik iaitu sistem rintangan gempa bumi dikenali sebagai Shimbashira – Seishin (Center Column Vibration Control) untuk menghalang menara ini dari runtuh jika berlakunya gempa bumi. Reka bentuk adalah gabungan antara reka bentuk neo-futuristik dan gabungan kecantikan tradisional Jepun. Bahagian luar dicat dengan warna putih kebiruan dirujuk sebagai ‘SKYTREE White’. Ia adalah simbol kepada harmoni dengan pemandangan sekitarnya. Apabila melihat menara itu dari darat, Tokyo SkyTree boleh dilihat dengan jelas dari kebanyakkan pelusuk Tokyo kerana saiz yang amat ketara. Pada waktu malam, ia diterangi dengan menggunakan lampu LED menjadikannya kelihatan amat cantik dan meriah.

Tokyo SkyTree
Tokyo SkyTree bersama dengan pokok krismas.

(more…)