Jerebu di Malaysia

Keadaan jerebu di pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi amat teruk. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Perlabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat ketika dibaca pada hari Khamis (Mac 3, 2014). Orang ramai terutamanya pelancong disarankan untuk kurangkan aktiviti di luar dan digalakkan untuk memakai topeng. Kualiti udara menjadi teruk akibat musim kemarau berpanjangan ditambah pula dengan pembakaran terbuka.

Walaupun negara berada dalam keadaan jerebu, masih ada lagi pembakaran terbuka dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Amaran keras telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada sesiapa yang di sabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai di seluruh Malaysia dinasihatkan supaya memberi kerjasama untuk membantu memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jika terdapat sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan, sila laporkan kepada pihak berkuasa di talian:

Jabatan Bomba dan Penyelamat
999

Jabatan Alam Sekitar (JAS)
+60 3 8889 1972
1 800 88 2727

Jerebu di Malaysia
Jerebu di Kuala Lumpur.

Haze in Malaysia
Pembakaran terbuka di salah satu lokasi di Kedah dilihat dari jarak jauh.

Haze in Malaysia
Pembakaran terbuka di Kedah dilihat dari jarak dekat.

Haze in Malaysia
Jerebu dilihat dari Damansara Perdana.

Haze in Malaysia
Sukar dilihat walaupun di udara.

Haze in Malaysia
Pembakaran terbuka masih lagi berlaku di Perak.

Haze in Malaysia
Agak sukar untuk melihat Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam ketika berada di udara.

Haze in Malaysia
Permandangan mendatar amat terhad.

Haze in Malaysia
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (WMKI) di Ipoh sukar dilihat walaupun pesawat berada hanyak beberapa batu nautika dari landasan.

Haze in Malaysia
Hanya beberapa saat sebelum melakukan pendaratan, runway threshold dan landasan masih kelihatan samar-samar.

Haze in Malaysia
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (WMKI) Ipoh ketika jarak penglihatan agak baik.

Haze in Malaysia
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (WMKP) ketika jarak penglihatan masih baik.

Haze in Malaysia
Terbang pada waktu pagi ketika jerebu.

Haze in Malaysia
Pesawat berada di atas Lumut. Pulau Pangkor jelas kelihatan ketika sebelum jerebu.

Haze in Malaysia
Permandangan Lembah Kinta yang indah boleh dilihat dengan jelas. Pesawat sedang berada di atas bandaraya Ipoh.

Haze in Malaysia
Suasana di Putra Heights ketika tiada jerebu.

Haze in Malaysia
Dilihat dari Mid Valley City.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *