WaterWorld adalah pertunjukan air ditayangkan secara langsung kepada penonton dengan penuh aksi penuh debaran yang amat menakjubkan. Jalan cerita yang dipersembahkan amat padat dengan aksi kejar mengejar antara bot laju dan skuter air. Selain itu terdapat juga kesan khas antaranya tembakan senjata api, pelancar roket dan letupan yang amat realistik. Ia adalah salah satu daya tarikan utama di zon The Lost World. The Lost World adalah salah satu daripada tujuh zon yang terdapat di Universal Studios Singapore. Universal Studios Singapore terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Konsep pertunjukan air ini adalah berdasarkan dari filem fiksyen sains dipanggil Waterworld (1995). Filem ini diarahkan oleh Kevin Reynolds dan Kevin Costner. Pada pendapat saya, ini adalah pertunjukan persembahan secara langsung yang terbaik di Universal Studios Singapura. Tempat ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung kerana terdapat banyak kesan khas letupan dan tembakan.

Universal Studios Singapore terletak di Resorts World Sentosa di Pulau Sentosa, Singapura. Ia adalah taman tema Universal Studios yang kedua dibuka di Asia selepas Jepun. Taman tema ini dibuka kepada orang awam sejak bulan Mac pada tahun 2010. Tempat ini dibangunkan oleh Kumpulan Genting.

Ini adalah kunjungan kali pertama saya di Universal Studios Singapura. Ini juga merupakan pengalaman terbaik dalam hidup saya menonton aksi sebenar secara langsung. Saya harap saya boleh melawat taman tema ini lagi pada masa akan datang. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai tarikan-tarikan lain yang terdapat di Universal Studios Singapura pada blog post akan datang. Jangan ketinggalan.


Awas, kamu akan basah!


Simbah air.


Mangsa menutup dari serangan air dengan payung.


Heroin datang untuk cuba menyelamatkan rakannya.


Dimanakah orang jahat?


Gang orang jahat.


Hero diikat.


Heroin sudah pengsan. Boss musuh cuba untuk membunuh hero dengan menggunakan senjata mesingan.


Tangki minyak bocor akan meletup tidak lama lagi akibat ditembak.


Tangki minyak akhirnya meletup. Kabooom!


Aksi bot laju.


Tempat kejadian yang penuh dengan aksi dan juga percikan air.


Lompat keluar tanpa sokongan kabel keselamatan?


Hero dan heroin cuba melepaskan diri.


Aksi kejar mengejar dengan menggunakan skuter air.


Jangan tembak dia!


Aksi kejar mengejar dengan menggunakan skuter air.


Meletup lagi!

Tiket Masuk (untuk Universal Studios Singapura)
Dewasa: SGD S$66 Hari Minggu (RM156) atau SGD S$72 Hujung Minggu (RM170).
Kanak-kanak: SGD S$48 Hari Minggu (RM113) atau SGD S$52 Hujung Minggu (RM123).
Website: http://www.rwsentosa.com

Masa Tayangan (WaterWorld)
12:00pm, 2:00pm dan 4:30pm
* Sila tiba 15 minit awal sebelum masa tayangan yang dijadualkan.


View Larger Map