PrayForMH370

Kehilangan pesawat MH370 (Aircraft Registration: 9M-MRO) dari Malaysia Airlines (MAS) masih kekal misteri. Ia adalah pesawat Boeing777-200ER dibina di Amerika Syarikat oleh syarikat Boeing. Kali terakhir dilihat di dalam radar ialah terletak lebih kurang QDR 065 iaitu timur laut dari Kota Bharu, Malaysia. Melalui maklumat terbaru, kemungkinan besar pesawat itu berpatah balik. Prosedur ini biasanya dilakukan jikalau berlakunya masalah. Ia boleh dilakukan selagi tidak melebihi Point of No Return (PNR) atau Point of Safe Return (PSR). Kemungkinan besar juga pesawat tersebut mengubah laluan ke lapangan terbang yang terdekat apabila berlakunya kecemasan.

Sekarang ini terlalu banyak spekulasi dan pendapat disebarkan di media sosial dimana kebanyakkannya tidak masuk akal. Saya nasihatkan supaya berhenti sebarkan khabar angin. Tunggu sahaja maklumat dari pihak berkuasa, penyelamat dan penyiasat yang lebih mahir untuk selesaikan kes ini. Apa yang kita mampu buat ialah berdoa kepada Allah dengan harapan kesemua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

#PrayForMH370

MH370

MH370 Radar24
Kali terakhir pesawat MH370 dikesan di Radar.

Fakta Pesawat:
Panggilan Pesawat (Aircraft Callsign): MH370
Pendaftaran Pesawat (Aircraft Registration): 9M-MRO
Jenis Pesawat (Aircraft Type): Boeing777-200
Operator: Malaysia Airlines (MAS)
Usia Pesawat: 11 tahun 8 bulan

Fakta Penerbangan:
Jumlah Penumpang (Person on Board): 239 orang
Destinasi: Beijing, China
Waktu Berlepas: 1241 waktu Malaysia
Tarikh Berlepas: Mac 8, 2014 (Sabtu)
Waktu Dijangka Mendarat: 0630 waktu Bejing, China

Juruterbang:
Kapten Zaharie Ahmad Shah (MYS)
Pembantu Juruterbang Fariq Ab Hamid (MYS)

Penumpang:
Foong Wai Yueng (Krew)(MYS)
Goh Sock Lay (Krew)(MYS)
Gomes Patrick Francis (Krew)(MYS)
Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan (Krew)(MYS)
Junaidi Mohd. Kassim (Krew)(MYS)
Andrew Nari (Krew)(MYS)
Ng Yar Chien (Krew)(MYS)
Tan Ser Kuin (Krew)(MYS)
Tan Size Hiang (Krew)(MYS)
Wan Syaid Wan Ismail (Krew)(MYS)
Anne Catherine Daisy (MYS)
Bai Xiaow (CAN)
Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
Brooskii Nikolath (RUS)
Burrows Rooney (AUS)
Chan Huan Peen (MYS)
Chen Weihoing (MYS)
Chew Kar Mooi (MYS)
Chng Mei Ling (MYS)
Chuang Hsiu Ling (TWN)
Chustrak Oleg (UKR)
Deineka Sergii (UKR)
Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
Gu Naijun (AUS)
Guan Hua Jin (MYS)
Huang Tianjui (CHN)
Hue Pui Heng (MYS)
Jee Jing Hang (MYS)
Jiang Cuiyun (CHN)
Koh Tiong Meng (MYS)
Kolekar Chetana Vinod (IND)
Kolekar Vinod Suresh (IND)
Kozel Christian (AUT)
Lawton Catherine (AUS)
Lawton Robert (AUS)
Lee Kah Kin (MYS)
Lee Sew Chu (MYS)
Li Hongjing (CHN)
Li Yuan (AUS)
Lim Por Chua (MYS)
Lui Ching (CHN)
Maraldi Luigi (ITA)
Meng Leoinf (USA)
Meng Nicole (USA)
Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
Mukherjee Muktesh (CAN)
Muzi Yusop (MYS)
Ng May Li (MYS)
Noorida Mohd. Hashim (MYS)
Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
Norliakmar Hamid (MYS)
Ramlan Safuan (MYS)
Sharma Chandrika (IND)
Shirsath Kranti Pralhad (IND)
Sim Keng Wei (MYS)
Siregar Firman Chandra (IND)

MH370
Ada kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik.

Ops cari MH370 dipergiat dengan kemungkinan baru
KUALA LUMPUR: Operasi mengesan pesawat MH370 dipergiatkan pada hari kedua dengan penglibatan lebih banyak pihak dan kawasan carian yang lebih luas serta kemunculan beberapa kemungkinan baru mengenai kehilangan pesawat itu.

Operasi pada Ahad yang diketuai oleh pasukan tentera Malaysia disertai oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, melibatkan gerakan dari udara dan laut.

Usaha mengesan pesawat itu juga dipandu oleh petunjuk baru yang membayangkan ada kemungkinan besar pesawat jenis Boeing 777-200 itu cuba berpatah balik dari laluan asal Kuala Lumpur ke Beijing.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata rekod radar tentera menunjuk tanda-tanda pesawat itu cuba berpatah balik dan petunjuk itu disokong oleh petunjuk daripada radar sivil.

“Kita telah lihat rekod radar, ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik. Kita masih memeriksa dengan agensi antarabangsa lain, ada kemungkinan pesawat berpatah balik ke KLIA,” katanya dalam sidang media di KLIA.

Petunjuk baru itu bagaimanapun menambah misteri kepada apa yang berlaku ke atas pesawat itu kerana MH370 tidak mengirimkan sebarang isyarat kecemasan dan tidak pula memaklumkan cubaan patah balik itu, sekiranya ada.

Dalam pada itu, siasatan kehilangan pesawat itu juga bertumpu kepada usaha memahami kemungkinan penglibatan elemen pengganas susulan pengesahan dua penumpangnya menaiki pesawat itu dengan pasport palsu.

Dua penumpang itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup di KLIA dan rakaman itu sedang disiasat, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

“Kita ada rakaman CCTV dari mula daftar masuk sampai ke pelepasan,” katanya.

Seorang warga Itali, Luigi Maraldi, yang namanya ada dalam senarai penumpang MH370 disahkan tidak menaik penerbangan itu. Menurut Kementerian Luar Itali, pasport Maraldi dicuri pada Ogos lalu di Thailand.

Seorang warga Autria, Christian Kozel juga yang namanya ada dalam senarai penumpang itu juga hilang pasportnya semasa melancong di Thailand dua tahun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu memberitahu ada dua lagi penumpang yang disyaki menggunakan pasport palsu. Siasatan kemudian mengesahkan bukan empat tetapi hanya dua pasport warga Itali dan Austria itu.

Dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu pula membeli tiket penerbangan mereka daripada China Southern Airlines yang berkongsi kod laluan Kuala Lumpur Beijing dengan Malaysia Airlines.

Syarikat penerbangan China itu juga mengumumkan mereka menjual tiket kepada tujuh penumpang MH370 termasuk seorang warga China, seorang warga Belanda, seorang rakyat Malaysia dan dua Ukraine.

Sementara itu, Azharuddin juga memberitahu bagasi lima penumpang dikeluarkan daripada pesawat sebelum berlepas kerana mereka tidak menaiki pesawat MH370.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan penemuan tompokan minyak kira-kira 20 batu nautikal ke arah selatan kawasan terakhir pesawat MH370 diketahui berada sebelum ia hilang.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata pasukannya yang menyertai operasi ini menemui tompokan minyak itu lebih kurang pukul 11 pagi Ahad.

“Sebuah kapal telah dikerah ke kawasan itu untuk mengambil contoh tumpahan minyak itu bagi memastikan apakah ia minyak daripada sebuah pesawat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pengarah penerbangan awam China memaklumkan pihaknya menemui serpihan yang dipercayai daripada pesawat MH370 namun maklumat itu sedang disiasat.

Dalam pada itu, Malaysia Airlines memaklumkan ia sedar dan memahami keprihatinan orang ramai yang mahukan maklumat perkembangan kehilangan pesawat MH370 dan operasi mencari dan menyelamat.
Bagaimanapun ia memberikan fokus kepada keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat yang lebih memerlukan maklumat dan sokongan emosi.

Video:
https://www.youtube.com/watch?v=3JtYApCrUDY

Sumber:
1. Flight Radar 24
2. Astro Awani
3. Harian Metro
4. Utusan Malaysia

#PrayForMH370

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *