Tokyo SkyTree (Tokyo sukaitsurī :東京 スカイ ツリー) adalah struktur buatan manusia yang tertinggi di Jepun. Ia terletak di Sumida, Tokyo. Ia adalah sebuah menara penyiaran. Selain itu, menara ini mempunyai restoran, kafe dan dua dek pemerhatian. Ketinggian menara ini adalah 634 meter (2,080 kaki) menjadikannya menara tertinggi di dunia dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa (829.8 meter) bagi kategori keseluruhan. Ia telah disiapkan pada Mac 2011 dengan jumlah kos kira-kira JPY ¥65,000,000,000 (USD $636,155,000 atau RM2,096,510,000). Menara ini mempunyai kalis seismik iaitu sistem rintangan gempa bumi dikenali sebagai Shimbashira – Seishin (Center Column Vibration Control) untuk menghalang menara ini dari runtuh jika berlakunya gempa bumi. Reka bentuk adalah gabungan antara reka bentuk neo-futuristik dan gabungan kecantikan tradisional Jepun. Bahagian luar dicat dengan warna putih kebiruan dirujuk sebagai ‘SKYTREE White’. Ia adalah simbol kepada harmoni dengan pemandangan sekitarnya. Apabila melihat menara itu dari darat, Tokyo SkyTree boleh dilihat dengan jelas dari kebanyakkan pelusuk Tokyo kerana saiz yang amat ketara. Pada waktu malam, ia diterangi dengan menggunakan lampu LED menjadikannya kelihatan amat cantik dan meriah.

Tokyo SkyTree
Tokyo SkyTree bersama dengan pokok krismas.

Tokyo SkyTree
Warna lampu merah ditayang khas pada musim cuti akhir tahun.

Tokyo SkyTree
Saya cuma boleh menghayati menara ini dari tingkat bawah. Saya terlepas peluang untuk naik ke dek pemerhatian kerana jadual saya amat padat.

Tokyo SkyTree
Pemandangan indah di tingkat bawah.

Tokyo SkyTree
Outdoor video projection.

Tokyo SkyTree
Outdoor video projection.

Tokyo SkyTree
Pokok maple.

Tokyo SkyTree
Tokyo SkyTree dilihat dari Stesen Oshiage (Skytree).

Tiket Masuk (untuk Dek Pemerhatian Pertama di Tokyo Skytree)
Dewasa (18 tahun ke atas): JPY ¥2,000 (USD $20 atau RM65)*
Junior (12 hingga 17 tahun): JPY ¥1,500 (USD $15 atau RM48)
Kanak-kanak (6 hingga 11 tahun): JPY ¥900 (USD $9 atau RM29).
Waktu Operasi: 0800 – 2200 (Dek pemerhatian).
Tutup: Tiada hari tutup (Buka 365 hari setahun).
Website: http://www.tokyo-skytree.jp/

*Untuk pakej dek pemerhatian pertama dan kedua, tiket masuk untuk orang dewasa adalah JPY ¥3,000 (USD $29 atau RM97)

Stesen Keratapi Terdekat
1. Oshiage (Skytree) Station – Keisei Oshiage Line
2. Tokyo Skytree Station- Tobu Skytree Line


View Larger Map