Takeshita Street (Takeshita Dori: 竹下 通り) adalah salah satu pusat membeli-belah khas untuk pejalan kaki yang paling terkemuka di Tokyo, Jepun dengan deretan kedai sejauh 350 meter panjang yang terletak di Harajuku (原宿). Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke jalan ini. Sepanjang jalan ini terdapat kedai aksesori, kedai mainan, kedai hadiah, butik pakaian, kedai winyak wangi, restoran dan kafe. Tempat ini juga amat popular di kalangan golongan remaja tempatan untuk menggayakan fesyen terbaru mereka. Jalan ini selalunya menjadi sangat sesak pada hujung minggu dan musim cuti.

Selain fesyen, tempat ini juga popular dengan makanan jalanan yang berbentuk kon dipanggil Japanese Crepes. Ia adalah sejenis pancake yang sangat nipis yang dibalut dengan bentuk kon. Intinya adalah berisi krim dan inti yang lain seperti Creme karamel, brownies, kek keju dan strawberi. Rasanya tidak terlalu manis dan lazat. Ia agak mudah untuk dimakan sambil berjalan. Harga adalah sekitar JPY ¥500 (USD $4.80 atau RM16.00) untuk setiap Crêpe. Terdapat beberapa gerai makanan menjual Crepes di sepanjang jalan ini. Jika anda datang ke tempat ini, jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut yang amat lazat ini.

Takeshita Street
Takeshita Street (Takeshita Dori) di Harajuku, Tokyo, Jepun.

Takeshita Street
Marion Crepes. Kedai Crêpes paling popular di Harajuku.

Marion Crepes
Menu. Pilihlah yang mana satu anda suka.

Marion Crepes
Paparan menu makanan yang sangat menarik.

Marion Crepes
Crêpes. Nampak sedap bukan?

Sweet Box Crepes
Sweet Box Crepes.

Santa Monica Crepes
Santa Monica Crepes.

Souvenirs at Takeshita Street
The World Connection. Salah satu kedai hadiah di Takeshita Street, Harajuku.

McDonalds at Takeshita Street
Restoran McDonalds di Takeshita Street.

Takeshita Street
Takeshita Street.

Harajuku
Pemandangan di luar Stesen Harajuku (JR East Yamanote Line).

JR Harajuku Station
Stesen Harajuku (JR East Yamanote Line). Takeshita Street terletak di seberang Stesen Harajuku.

Stesen Keretapi Terdekat
1. Stesen Harajuku – JR East Yamanote Line
2. Stesen Meiji-jingumae – Tokyo Metro Chiyoda Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line


View Larger Map